28 December 2012

Sedikit Coretan Mengenai FZ Fashion House...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua pengunjung blog rasmi FZ Fashion House..

Izinkan kami menceritakan sedikit mengenai perjalanan FZ Fashion House (FFH)..

Pada bulan Disember 2011, kami menubuhkan sebuah syarikat, FZ Hobby Enterprise, dengan tujuan untuk memulakan sebuah perniagaan. Pada mulanya, kami tidak fokus kepada pakaian wanita, akan tetapi kepada barangan hobi kawalan jauh dan ternakan arnab. Setelah membuat kajian dan tinjauan terhadap pasaran semasa, kami membuat keputusan untuk menceburi bidang perniagaan pakaian wanita.

Modal permulaan kami tidak banyak, hanya 4 helai baju kurung sahaja kami beli sebagai permulaan. Tidak seperti orang lain yang memulakan perniagaan dengan modal yang besar. Kami berasa sangat kerdil & kecil di arena perniagaan. Namun atas usaha gigih kami yang tidak henti, 4 helai baju kurung yang dijual secara online mula mendapat sambutan dan dengan menggunakan duit jualan, kami menambah lagi bilangan baju kurung ketika itu. Amat susah untuk kami mendapatkan pelanggan pada awal2 perniagaan kami. Kami hampir2 putus asa. Namun, atas semangat dan keazaman yang tinggi, kami tempuhi segala cabaran yang ada.

Setelah beberapa minggu, kami buat keputusan pula untuk menjual kain pasang pelbagai material. Seperti baju kurung, kami terpaksa membeli secara berhemah/hati2, kami terpaksa memilih warna & design kerana kekurangan modal. Pada masa itu kami tengok sahaja peniaga lain beli stok berkodi2, alangkah beruntungnya mereka. Selesai sahaja membeli stok kain, tiba di rumah kami memproses kain2 itu untuk tujuan rekod stok dan ambil gambar. Setiap kali ada stok baru, berjam2 dihabiskan untuk menyediakan kain, mengambil gambar, edit gambar then iklankan kat internet. Memang memenatkan. Tapi, Alhamdulillah, segala usaha kami berbaloi. Jualan kain pasang kami meningkat dengan mendadak, sehinggakan hampir setiap minggu kami perlu ke pembekal utuk mendapatkan stok baru.Sehinggakan orang di pejabat pos pun dah kenal kami, sebab selalu sangat pos barang customer. (tapi taknak pulak order.haha)

Untuk beberapa bulan kami menjalakan perniagaan online, sudah sampai masa kami maju selangkah kehadapan. Kami membuat keputusan untuk menjalan perniagaan secara offline pula. Untuk beberapa minggu kami mencari dan mencari tapak2 kosong yang ada di luar sana, tapi pada harga sewa yang murah. Akhirnya kami terjumpa iklan tapak kosong bazaar baru yang akan dibuka pada bulan April, sewa yang ditawarkan pada masa itu sangat rendah, RM 30/hari. Kami terus deal dengan organizer, dan dapatlah 1 tapak. Kami punyalah excited masa tu, buat persiapan macam2, beli stok, buat promotion giler2, semua guna duit yang teramat terhad. Tiba masa launching bazaar tu, sambutan boleh tahan. Kami bertambah semangat, dah buat macam2 plan dah. Tapi..... Minggu depannya kami tak dapat meniaga.... Sebab kena tipu... Hancur hati kami pada masa tu, duit dah banyak habis... Duit simpanan dah takde... Nak meniaga dah takde tapak... Kenapalah ada manusia yang macam ni, kesian kat peniaga2 yang baru macam kami ni..

Nak buat macam mana, benda dah jadi. Nasib baik order online masih berterusan. Dapat lah kami tampung sikit kos2 yang ada. Kami try cari tapak baru, tapi semua mahal2. Memang frust sangat2. Nak dijadikan cerita, ada 1 hari tu, kami melawat tempat praktikal kami, sebuah Pusat Diagnostik X-ray di Shah Alam, tempat kami praktikal selama 3 bulan. Oh ye, lupa nak cerita, kami ni berkelulusan Diploma Pengimejan Perubatan, di sebuah IPTS di Selangor. Kami bersembang dengan Doktor Pakar a.k.a Owner pusat tu. Ntah macam mana terbuka cerita pasal bisnes kami, lepas tu dia bagitau yang dia pun ada kedai kat 1 shopping mall baru ni.. Kat SPACE U8 MALL BUKIT JELUTONG... Haaa... kat mana tu.. tu respon pertama kami.. hehe.. ye lah.. tak pernah dengar pun nama tempat tu. Semangat kami naik semula, petang tu jugak kami ke Space U8, masa tu hujan lebat yang amat ! Sampai tak nampak jalan. Cari punya cari, jumpa pun. Masuk2 je, wow besarnya kipas. Sebab Space U8 ni Eco Mall, kat dalam pakai Kipas besar, tak pakai aircond. Kami pun survey tempat tu, pergi ke kedai Doktor tu, sebuah kedai art. Kali kedua kami ke Space u8, kami terus ke Pejabat Management, tanya pasal tapak FLEA MARKET kat situ, orang tu bagi nombor contact Person in Charge Flea Market, En Muhaimin. Tanpa membuang masa (ayat dramatik), kami terus call beliau... Akhirnya, YESSS.. ALHAMDULILLAH.. Dapat tapak baru. Berapa hari lepas tu kami puns start meniaga kat Flea Market tu. Pada mulanya, sambutan kedai/booth kami kurang sangat.

Tapi kami tak kisah, sebab kami tau perlukan masa untuk orang kenal kita. Mula2 stok kami sikit jer, memang muat dalam tapak 10kaki x 10kaki. Lama kelamaan, orang dah start kenal kami, customer semakin ramai dan jualan semakin meningkat. Bermula dengan 2 stand baju Carefour, kami beli Stand Besi (standard orang jual baju.. mahal woo), kami tambah stok yang ada. Masa tu kami still jual baju kurung. Sebagai tambahan masa tu, kami jual baju blouse. Untuk beberapa minggu kami agak tersepit sebab modal yang tak banyak. Perlahan2 kami tambah stok dan stand baju. Macam2 dugaan yang kami lalui, masalah tapak, baju koyak, stok rosak dan macam2 lagi lah. Oh ye, kami masa tu dah start jual mainan kanak2. Pada bulan berapa ntah kami tak ingat, kami buat keputusan, untuk fokus kepada baju blouse sahaja. Kami jual pada harga RM 20 jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Alhamdulillah, strategi kami kali ni berkesan. Pelanggan semakin bertambah, malah repeat customer pun dah ada dah. Seronok sangat.

Sehingga kini, kedai/booth kami terkenal dengan panggilan 'BLOUSE RM20" dikalangan pengunjung. Kalau dulu seminggu kami dapat jual 40 helai Blouse, kini setiap minggu kami dapat jual sehingga 300 helai blouse. Alhamdulillah.. Tetapi, bukan mudah nak capai tahap macam ini. Kami tau pada orang lain, tak banyak mana pun, diorang lagi hebat ! Tapi, pada kami, kami cukup seronok bila tengok customer pilih baju yang mereka suka. Kami bukan jenis yang 'duduk' tunggu customer, setiap minggu kami buat advertising, kadang2 buat flyers untuk diedarkan ke kawasa sekitar. Walaupun ada orang yang memandang rendah dengan usaha kami itu, tapi kami sedar, kami tak sehebat mereka, kami perlukan advertising yang berterusan untuk mencari customer. Ada sekali tu, sambutan yang kami terima, sampai orang kena beratur nak bayar. Masa tu kami rasa macam nak menitiskan air mata sebab terharu tengok sambutan daripada orang ramai. Memang masa tu kami tak menang tangan.

Kami berpegang kepada prinsip, 'kalau aku dapat jual 1000 helai, ada orang lain yang dapat jual 2000 helai', 'kalau aku dapat rm1000, ada orang lain yang dapat rm2000'. Dengan berpegang kepada prinsip ini, kami sentiasa cuba untuk tidak lupa diri. Kami tahu asal usul kami, kepayahan untuk bangun, merangkak2 tatkala orang lain berlari laju. Jikalau kami dah lama meniaga sekalipun, kami tau ada orang lain yang lebih lama meniaga daripada kami.

Misi kami, untuk terus menyediakan pakaian yang selesa, cantik,berkualiti tetapi pada harga yang rendah dan murah daripada harga pasaran. Kami untung sikit takpe, janji pelanggan puas hati ! Banyak lagi sebenarnya yang kami nak coretkan, tapi takut anda bosan pula. Takpe, InsyaAllah nanti kami akan ceritakan lagi pengalaman FZ Fashion House dalam usia setahun jagung ini.

Terima Kasih sebab sudi baca ye.

THANKS 4 UR SUPPORT !!!!!

03 November 2012

Jom Ke Booth Kami!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Tak tau mana nak pergi hujung minggu ni?
Jom ke booth kami di SouqaSouqa Weekend Flea Market
Lokasi di Space U8 Mall Bukit Jelutong

Ada  pelbagai barangan ditawarkan
Stok terhad ye, siapa cepat dia dapat

Tunggu apa lagi??
Jom ke booth kami
Kami menantikan kehadiran anda !!




06 October 2012

Urgent Clearance Sale! Baju Kurung Cotton - RM 50 Sepasang!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kami nak clearkan stok 31 pasang baju kurung cotton & viscose. Kalau boleh secepat yang mungkin.

Jumlah : 31 helai
Harga Borong Kami : RM 50.00 sahaja/sepasang
Harga Kalau Borong Kat Jalan Kenanga : RM 60.00
Harga Borong Kat Jalan TAR : RM 110.00

Harga Pasaran : RM 120 - RM 160

Murah Sangat2 Nih !!

Total Harga : RM 1550.00

Digalakkan ambik semua sekali

Boleh datang ambik sendiri kat Space U8 Mall Bukit Jelutong pada setiap hari Jumaat - Ahad. Nak pos pun boleh, tapi pembeli kena tanggung kos pos.

Berminat?

Hubungi Kami untuk sebarang pertanyaan :

Diela : 016 - 635 3893
Zahir : 016 - 985 4693

02 October 2012

Beyblade - Kegemaran Kanak2 & Remaja Zaman Sekarang !

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Khas untuk para peniaga

BEYBLADE


 Kod : BB46
Material : Besi + Plastik
Harga Borong : RM 2.80 / pc
Minimum Order : 12 pcs
Harga Pasaran : RM 9




Kod : 8229
Material : Besi + Plastik
Harga Borong : RM 2.90 / pcs
Minimum Order : 12 pcs
Harga Pasaran : RM 11


Ready Stock Ada 200pcs

Prefer C.O.D, Nak Pos Agak Berat

Kawasan C.O.D Percuma :

-Bandar Sri Permaisuri & Sekitar
-Ampang
-Petaling Jaya
-Shah Alam
-Bukit Jelutong

Kawasan C.O.D Berbayar :

-Wangsa Maju + RM 5.00
-Gombak + RM 8.00
-Kajang + RM 8.00
-Rawang + RM 10.00
-Klang + RM 15.00

Atau Anda Boleh Datang Sendiri Ke Booth Kami Di Space U8 Mall Bukit Jelutong pada Setiap 
Hari Jumaat - Ahad

Berminat ?

Hubungi Kami Dengan Segera

Zahir : 016 - 985 4693
Diela : 016 - 635 3893

-FZ HOBBY ENTERPRISE : 002081418 - H-
Peruncit & Pemborong Pakaian Wanita, Permainan Kanak-Kanak, Barangan Keselamatan & Barangan AM


25 September 2012

Nak Meniaga Pepper Spray? Harga Borong RM 18 Sahaja

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Nak try meniaga pepper spray? Sekarang ni kes Jenayah makin menjadi2, tak kira anda seorang lelaki atau wanita. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan.

Spesifikasi Pepper Spray :

Berat : 90 gram
Ukuran : Tinggi 12 cm x Lebar 3cm
Isi Kandungan : 60 ml
Jarak Semburan : 2 – 3 meter



Harga Pasaran : RM 39.00

Harga Borong : RM 18.00 / Botol
Minimum Order : 20 Botol (2 Kotak)
Pos Laju : RM 9.00 (Semenanjung Malaysia)
Total : RM 369.00 (20 Botol)

**Setiap botol mempunyai kotak packing masing2**


***TERMA & SYARAT PEMBELIAN***
1. Untuk Pembelian Secara COD, 50% Safety Deposit Adalah Diperlukan
2. Tiada Pembatalan Order Di Saat2 Akhir
3. Sila Berikan Tempoh 1-2 Hari Untuk Penyediaan Stok Selepas Pesanan & Bayaran Dibuat.
4. Untuk COD, Sila Buat Pesanan 2 Hari Lebih Awal
5. Lokasi COD, Kuala Lumpur & Selangor (Isnin – Khamis Sahaja), Space U8 Mall Bukit Jelutong, Shah Alam ( Jumaat – Ahad Sahaja)
6. Untuk Pembelian Secara Pos, Sekiranya Bayaran Penuh Dibuat Pada Sabtu, Ahad & Cuti Am, Pesanan Anda HANYA Akan Dihantar Pada Hari Bekerja Yang Berikutnya
7. Setiap Pesanan/Parcel Akan Di Pos SEBELUM Jam 5.00 Petang
8. Sila Berikan Nama Penuh & Alamat YANG LENGKAP Untuk Mengelakkan Situasi ‘Tersalah Hantar’
9. Sebarang Kelewatan/Kerosakan Yang Berlaku Semasa Proses Penghantaran Oleh Pihak Pos Malaysia, Tidak Akan Ditanggung Oleh Pihak FZ HOBBY ENTERPRISE
10. Pihak FZ HOBBY ENTERPRISE Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Segala Kecederaan/Kesulitan Yang Berlaku Disebabkan Oleh Penyalahgunaan Alat Pepper Spray Ini


Pembayaran Boleh Dibuat Kepada Salah 1 Akaun Bank Dibawah :

Maybank : 1644 9024 1427 (Muhammad Zahiruddin)
CIMB : 14300079676523 (Muhammad Zahiruddin)

Amaran 1 : Jangan Sembur Ke Muka Sendiri/Rakan Anda.
Amaran 2 : Jauhkan Daripada Kanak-Kanak

Stok teramat terhad. Berminat untuk mencuba atau anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Talian Hotline kami :

Zahir : 016 – 985 4693
Diela : 016 – 635 3893

FZ HOBBY ENTERPRISE
002081418-H
Established Since 2011

13 September 2012

Jom Sertai Peraduan LUCKY DRAW FZ Fashion House !!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Senang Je Nak Menyertai LUCKY DRAW Kami,
Anda Datang Ke Booth Kami Pada Hujung Minggu Ini,
Anda Buat Pembelian Minima Sebanyak RM 50,
Anda Isi Borang & Tunggu Saja Keputusan Cabutan
Yang Akan Diumumkan Pada Hari Rabu Ini.
Mudah Saja !

Datang Beramai2 Ke Booth Kami Pada Hujung Minggu Ini.
Ada Lebih 200 Blouse Menanti Anda !!
Ada Lebih 300 Mainan Menanti Anda !!
Dan Macam2 Lagi. !!!!

08 September 2012

Jom Datang Beramai-Ramai Ke Booth Kami Di Space U8 Mall Bukit Jelutong !!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Anda ada masa lapang pada hujung minggu ini ?

Jom ramai2 datang ke Space U8 Mall, Bukit Jelutong !!
Kami dah beroperasi semula di sana selepas sebulan lebih bercuti 

Ada banyak pelbagai pilihan barangan untuk anda pilih !

Jumpa anda di sana !!